Pages

Ahli Mayat

Friday, 2 December 2011

100 fakta mengarut

1. aku tulis sekadar suka-suka
2. aku buntu sekarang nak taip apa
3. dulu aku ada awek
4. tapi sekarang dah mati lemas
5. okay , no 3 dan 4 itu auta , jangan percaya pulak
6.orang cakap aku tak hensem
7.tapi itu cakap orang
8.badan aku kepeng dan aku bersyukur
9.at least aku tak macam iklan "saya benci wajah saya" sebab dia benci nikmat yang dah diberikan oleh tuhan
10.okay itu cuma iklan
11.aku anak pertama dalam 50 adik beradik aku
12.aku tipu lagi sebenarnya dalam 5 orang adik beradik
13.aku sudah penat nak fikir nak taip apa
14.sila bagi idea
15.aku jarang tidur boleh dikatakan dalm sehari 2-3 jam sahaja aku tidur
16.jangan tanya aku apa aku buat kalau aku tak tidur
17.aku suka luangkan masa 24jam depan pc aku
18. dan sekali lagi jangan tanya kenapa
19.sebab aku punn tak tahu
20.aku tak pandai macam orang lain tapi aku jugak tak bodoh macam kau , HAHA
21.kawan aku cakap aku kedekut ilmu , masalahnya sekarang aku dah memang tak tahu then kau tanya lagi bila lepas tu cakap aku kedekut ilmu
22.kalau ada kawan macam tu sila humban dia ke dalam api
23.ini no 23.
24.aku single genap 1 tahun sekarang , okay je ? sebab aku perlu oksigen untuk hidup dan kalau takda awek bukan boleh mati punn
25.cinta pada diri sendiri dulu ye dok ?
26.tapi kawan aku yang sorang ni susah payah cari awek cun2 bagi dekat aku
27.aku cuma jawab 'kau tahu makan nasi' ?
28.makna yang mendalam hanya sesetangah orang sahaja yang tahu
29.sesetengah orang ? FAILED BM aku , cikgu aku cakap salah guna perkataan sesetengah
30.takan orang tu setengah je kan ? mesti tak sempurna
31.aku tak tahu kalau aku silap dengar
32.bola itu bulat
33.ada orang kata bola itu kadang2 boleh berubah bentuk
34.aku anggap orang itu lucah
35.mouse dan keyboard berkawan baik
36. dan tiada kena mengena dengan mickey mouse mahupun disneyland
36.sepatutnya ini jadi no 37 bukan ?
38.terima kasih kepada diri sendiri kerana menyedarinya
39.kalau boleh aku nak balik yang pernah jadi milik aku dulu
40.orang cakap nanti buruk siku
41.aku bukan nak barang tapi nak orang
42.faham kan maksud itu
43.masa berlalu memang aku sedari sebab jam dalam bilik aku ada 3
44.bilik aku bersepah dengan barang pc dan aku perlukan orang untuk kemaskannya
45.orangnya adalah diri aku sendiri
46.aku pergi farmasi beli alcohol
47.ada pakcik ingat aku minum aku kencing syaitan
48.aku beli "metylated alcohol" bukan arak lahh
49.guna untuk sapu luka
50.itu pentingnya education faham ?
51.dah 51 , tak bosan ke baca ? terima kasih pada yang setia membaca
52.aku tak paksa untuk baca okay
53.aku rasa ramai yang tak suka aku
54,dimana silap dan dosa aku
55.katakan kalau ada
56.manusia sekarang terlalu memikirkan untuk naik diatas
57.yang lemah ingin menjadi gagah
58.yang rendah ingin menjadi tinggi
59.dan yang tinggi ingin mendominasi
60.mana pergi sifat kemanusian atau sudah terbalik ?
61.kemanusian sudah bertukar jadi kebinatangan
62.aku tulis berdasarkan dari mata yang melihat
63.di mana ada namanya manusia
64.di situ juga adanya punca propaganda hipokrasi
65.siapa setuju ?
66.sekarang number nam
67.yang tentunya tiada kena mengena dengan sesiapa okay
68.pakcik hensem tu kata aku boleh jadi orang bahasa
69.seriously aku tak minat , sebab tak kena langsung dengan dunia IT aku
70.bila nak habis aku membebel
71.dan korang terus membaca
72.aku tak percaya ada orang baca sampai sini
73.kalau ada punn , eh aku rasa memang takda punn
74.aku bermimpi yang aku miliki kau
75.okay tu cuma mimpi
76.aku nak bela kucing yang comel
77.ada sesiapa nak bagi ?
78.mesti takda kan?
79.aku tak kesah orang nak cakap aku apa
80.sebab? sebab memang aku tak kisah lahh HAHA
81.aku ada beli rantai tapi perempuan punya
82.tak mahal RM1xx sahaja ,
83.dari situ mula nampak ketidak pandaian aku
84.sebab aku lelaki
85.aku jual balik dekat tokey kedai
86.habis cerita
87.eh belum habis lahh
88.tunggu dulu
89.misi hidup = belajar > cari kerja baik2 > kumpul aset seberapa banyak > cari bini > biar ada waris plus keturunan aku
90.tinggal lagi 10.
91.aku ada tatoo dekat belakang badan , tak siapa tahu + percaya pada aku
92.sebab aku tipu je. HAHA
93.jangan bukak lagu jiwang depan aku sebab nanti aku ternganga tak faham
94.aku lebih suka lagu keras2 yang boleh hentak kepala sampai pecah
95.itu sikap aku , kubur asing2 kan ?
96.kasi tabik 1 sama marilyn manson
97.seriously jangan nyanyi lagu justin bibir depan aku automatik kau akan aku benci , HAHA
98.hampir tamat karya aku
99.ingat karya hasil 100% daripada otak kiri dan kanan aku dan bukan kucingsalin dari mana2 sumber
100.genap 100 dah boleh publish , sekian terima kasih kerana membaca (:


2 comments:

Dayah Kick said...

klakar..saya suke baca...! hihihi

aryuyidIary said...

hee kreatif :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...