Pages

Ahli Mayat

Thursday, 28 April 2011

Mumia 700 Tahun Dijumpai Di China

Sebuah keranda berisi mumia berusia 700 tahun ditemui di Bandar Taizhou,di Provinsi Jiangsu. Ketika ditemui keranda tertanam 2 meter dibawah permukaan jalan raya. Turut ditemui ialah 2 lagi keranda yang dipercayai juga mengandungi mumia yang tepelihara rapi.

Ahli arkeologi dari Muzium Taizhou kemudian membuka keranda tersebut. Mereka kagum dengan tahap pengawetan mumia wanita berketinggian 1.5 meter ini. Kulit, rambut dan bulu matanya juga dalam keadaan baik. Paling mengejutkan ahli arkeologi ialah kain sutera yang dipakai wanita yang disyaki seorang bangsawan juga terpelihara dengan baik. Sutera amat mudah mereput jika dibandingkan dengan kain kapas.

Selepas penemuan ini keluar di media massa China,ramai yang marah. Menurut mereka menggali kubur leluhur dan kemudia menggangu mayat mereka adalah sangat taboo. Ada yang menyumpah ahli arkeologi tak dapat anak lelaki! It is that serious. Orang Cina di China sangat sensitif tentang menghormati leluhur. In fact tahukah kamu walaupun makam Maharaja Qin Shi Huang Di sudah ditemui lebih 40 tahun yang lalu, ahli arkeologi China tak dibenarkan membuka makamnya. Ini adalah kerana pihak kerajaan China tak mahu menggangu makam Bapa China. Diorang masih ada superstition yang jika makam maharaja pertama China ini diganggu, ia bakal menggangu Feng Shui china. Takut Qin Shi Huang Di marah dan mengakibatkan ekonomi China merudum.

Bagi pencinta sejarah macam aku rasa marah itu ada. Aku nak tengok macam mana rupa dalam makam beliau. Patung terracotta yang ditanam dengan beliau pun dah impressive gila. Belum the main makam lagi. Kalau kamu Google Earth makam Qin Shih Huang Di, kamu akan nampak bukit besar dibelakang ruang tertanamnya patung terracotta. Itu bukan bukit. Itu piramid tanah yang menyimpan jasad maharaja. Mengikut cerita beliau ditanam dalam piramid buatan manusia. Didalam ruang makam ada miniature negara Cchina dengan sungai raksa mengalir. Can you imagine how awesome the burial chamber is? Mesti lagi AWESOME dari makam Firaun Tutankhamen. Maka aku menanti aje makam ini dibuka. Ntah bila.

Kalik link berita penuh untuk gambar yang lebih cool.









sumber : blogserius.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...